28 Di samping kesusahan yang lain, setiap hari aku mengkhuatirkan keadaan jemaah di semua tempat.
29 Apabila seseorang lemah, aku berasa lemah juga. Apabila seseorang berdosa, aku juga bersedih hati.
30 Jika aku mesti berbangga, aku akan berbangga dengan hal-hal yang menunjukkan kelemahanku.
31 Allah, Bapa Tuhan Yesus tahu bahawa aku tidak berdusta. Terpujilah nama-Nya selama-lamanya.
32 Ketika aku di Damsyik, gabenor yang dilantik oleh Raja Aretas memerintahkan askar-askarnya menjaga pintu kota untuk menangkap aku.
33 Tetapi dengan sebuah keranjang aku dihulurkan ke bawah melalui suatu lubang pada tembok kota. Demikianlah aku menyelamatkan diri daripadanya.