6 Mungkin aku kurang pandai berkata-kata, tetapi pengetahuanku tentang Berita Baik itu dalam. Hal itu sudah kami buktikan kepada kamu pada setiap masa dan dalam segala hal.
7 Semasa aku mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada kamu, aku tidak meminta bayaran apa-apa pun. Aku merendahkan diri supaya kamu ditinggikan. Adakah hal itu suatu kesalahan?
8 Pada masa aku melakukan pelayanan di kalangan kamu, aku dibiayai oleh jemaah lain. Boleh dikatakan aku ini seperti merompak jemaah itu supaya dapat menolong kamu.
9 Pada masa itu aku tidak pernah menyusahkan kamu meskipun aku memerlukan bantuan wang. Segala keperluanku disediakan oleh saudara-saudara yang datang dari Makedonia. Baik dahulu mahupun pada masa yang akan datang, aku tidak akan membebani kamu!
10 Demi ajaran Kristus yang benar dan yang ada padaku, aku berjanji bahawa tidak seorang pun di seluruh negeri Akhaya dapat menghapuskan kebanggaanku.
11 Adakah aku berkata demikian kerana aku tidak mengasihi kamu? Allah tahu bahawa aku mengasihi kamu!
12 Apa yang aku lakukan sekarang akan aku lakukan terus-menerus supaya “rasul-rasul” yang lain itu tidak mempunyai alasan untuk berbangga dan berkata bahawa mereka bekerja seperti kami.