6 Aku harap kamu tahu bahawa kami telah diuji dan kami benar-benar rasul yang sejati.
7 Kami berdoa kepada Allah semoga Dia menolong kamu supaya tidak berbuat salah. Yang penting adalah kamu melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah, dan bukan supaya nampaknya kami ini berjaya. Tidak mengapalah jika kami nampaknya gagal dalam tugas kami.
8 Kami tidak dapat melakukan hal-hal yang bertentangan dengan yang benar, kami hanya dapat melakukan yang benar.
9 Kami bergembira apabila kami lemah, tetapi kamu kuat. Kami berdoa supaya kamu menjadi sempurna.
10 Itulah sebabnya aku menulis surat ini sementara aku masih jauh daripada kamu. Apabila aku datang kelak, aku tidak perlu bertindak keras terhadap kamu dengan menggunakan kekuasaan yang diberikan oleh Tuhan kepadaku. Kekuasaan itu diberikan untuk membina kamu, bukan untuk meruntuhkan kamu.
11 Akhirnya, saudara-saudaraku, bersukacitalah! Berusahalah untuk menjadi sempurna; terimalah nasihatku. Hendaklah kamu sehati dan hidup rukun. Allah yang mengasihi kita dan mengurniai kita kedamaian akan menyertai kamu.
12 Bersalamanlah dengan mesra sebagai saudara-saudara seiman.Jemaah Allah di sini mengirim salam kepada kamu.