13 Itulah sebabnya kami digalakkan.Selain daripada digalakkan, kami juga digembirakan oleh kegembiraan Titus. Dia memberitahu kami bahawa kamu telah menggembirakan hatinya.
14 Dahulu aku membangga-banggakan kamu kepadanya. Syukurlah, kamu tidak mengecewakan aku. Apa yang kami katakan kepada kamu sentiasa benar. Demikian juga apa yang kami bangga-banggakan kepada Titus tentang kamu pun benar.
15 Titus semakin mengasihi kamu, apabila dia teringat bagaimana kamu semua sedia mentaati arahannya, dan menyambut dia dengan hormat dan rendah hati.
16 Aku sungguh bahagia kerana aku mempunyai keyakinan penuh kepada kamu.