16 Lalu dua puluh empat orang pemimpin yang duduk di atas takhta mereka di hadapan Allah, bersujud dan menyembah Allah.
17 Mereka berkata,“Ya Tuhan, Allah Maha Kuasa,yang ada dan yang sudah ada!Kami bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah menggunakan kuasa-Mu yang besar,dan mula memerintah!
18 Orang yang tidak mengenal Engkau meradang,kerana telah tiba masanya Engkau meluahkan kemurkaan-Mu,dan masanya Engkau mengadili orang mati.Inilah masanya Engkau menghadiahi hamba-hamba-Mu para nabi itu,dan juga umat-Mu, semua orang yang hormat dan takut akan Engkau,baik orang besar mahupun orang biasa.Inilah masanya Engkau membinasakan mereka yang memusnahkan bumi!”
19 Rumah Allah di syurga terbuka dan Tabut Perjanjian kelihatan di situ. Kemudian kilat sabung-menyabung, guruh menggelegar dan bergemuruh, bumi bergoncang dan hujan batu turun dengan lebat.