11 Saudara-saudara kita telah mengalahkan diadengan darah Anak Dombadan dengan berita daripada Allah yang diisytiharkan mereka.Mereka tidak cuba menyelamatkan diri,tetapi rela mengorbankan nyawa.
12 Oleh itu, bersukacitalah,hai syurga dan semua yang tinggal di syurga!Tetapi malanglah bumi dan laut,kerana Iblis telah turun kepadamu.Dia sangat marah,kerana tahu bahawa masanya tinggal sedikit.”
13 Ketika naga itu menyedari dirinya sudah dibuang ke bumi, naga itu mula mengejar wanita yang telah melahirkan anak lelaki itu.
14 Tetapi wanita itu diberikan sepasang sayap burung helang yang besar, supaya dia dapat terbang ke tempatnya di padang gurun. Di situ dia akan dipelihara selama tiga tahun setengah, supaya terhindar daripada serangan naga itu.
15 Kemudian, dari mulutnya naga itu menyemburkan air seperti aliran sungai ke arah wanita itu, untuk menghanyutkan dia.
16 Tetapi bumi menolong wanita itu. Bumi membuka mulut dan menelan air yang keluar dari mulut naga.
17 Naga itu sangat marah terhadap wanita itu, sehingga memerangi semua keturunan lain daripada wanita itu. Mereka itu semua orang yang taat kepada perintah Allah dan setia kepada ajaran yang dinyatakan oleh Yesus.