22 Oleh itu, Aku akan menghukum dia dengan penyakit dan mereka yang berzina dengan dia akan mengalami penderitaan yang dahsyat. Aku akan melakukan semua itu sekarang juga, kecuali mereka bertaubat daripada perbuatan keji yang dilakukan bersama-sama dia.
23 Aku juga akan membunuh pengikut-pengikutnya, lalu semua jemaah akan tahu bahawa Akulah Dia yang menyelami fikiran dan hati manusia. Aku akan membalas kamu menurut perbuatan masing-masing.
24 Tetapi kamu yang lain yang tinggal di Tiatira tidak mengikut ajaran jahat itu. Kamu tidak mempelajari ilmu daripada Iblis. Aku berkata kepada kamu bahawa Aku tidak akan membebani kamu dengan kewajipan lain.
25 Tetapi kamu harus terus berpegang kepada apa yang kamu miliki, sehingga Aku datang kelak.
26-28 Mereka yang menang, dan terus-menerus melakukan kehendak-Ku sehingga akhir, akan Aku kurniai kekuasaan seperti yang Aku terima daripada Bapa-Ku. Mereka akan menerima kekuasaan daripada-Ku untuk memerintah bangsa-bangsa dengan tangan besi dan untuk menghancurkan mereka seperti periuk tanah. Mereka juga akan menerima bintang fajar daripada-Ku.
29 Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah!”