3 Kamu tabah menanggung penderitaan; kamu sudah menderita kerana Aku, dan kamu tidak putus asa.
4 Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Kamu tidak mengasihi Aku lagi seperti ketika kamu mula-mula percaya kepada-Ku.
5 Ingatlah betapa dalamnya kamu sudah jatuh ke dalam dosa. Bertaubatlah daripada dosa kamu dan lakukanlah apa yang kamu lakukan ketika kamu mula-mula percaya kepada-Ku. Jika tidak, Aku akan datang kepada kamu dan menyingkirkan kaki pelita kamu dari tempatnya.
6 Tetapi ada sesuatu yang baik pada kamu: Kamu membenci perbuatan pengikut Nikolaus, yang juga Aku benci.
7 Jika kamu bertelinga, dengarkanlah apa yang dikatakan oleh Roh Allah kepada jemaah!Mereka yang menang akan Aku benarkan makan buah dari pokok yang memberikan hidup, yang tumbuh di Taman Allah.”
8 “Tulislah surat ini kepada malaikat jemaah di Smirna:Inilah perkhabaran daripada Dia yang awal dan yang penghujung, yang sudah mati dan hidup semula.
9 Aku mengetahui kesusahan kamu; Aku tahu bahawa kamu miskin - tetapi sebenarnya kamu kaya! Aku mengetahui fitnah yang dilemparkan kepada kamu oleh orang yang mengaku diri mereka Yahudi padahal bukan. Mereka dikuasai oleh Iblis!