17 Roh Allah dan Pengantin Perempuan berkata, “Marilah!”Tiap-tiap orang yang mendengarnya juga mesti berkata, “Marilah!”Marilah, sesiapa yang dahaga! Terimalah pemberian air yang memberikan hidup, hai kamu yang menginginkannya!
18 Aku, Yohanes, dengan sungguh-sungguh memperingatkan setiap orang yang mendengar kata-kata nubuat kitab ini: Jika seseorang menambahkan apa sahaja pada nubuat ini, Allah juga akan menambahkan hukumannya dengan malapetaka yang digambarkan di dalam kitab ini.
19 Jika seseorang mengurangkan kata-kata nubuat di dalam kitab ini, Allah juga akan mengambil balik hak orang itu untuk makan buah pokok sumber kehidupan dan haknya untuk tinggal di kota suci itu, seperti yang digambarkan di dalam kitab ini.
20 Dia yang memberikan semua kesaksian ini berkata, “Betul, Aku akan segera datang!”Amin! Datanglah, ya Tuhan Yesus!
21 Semoga Tuhan Yesus memberkati setiap orang.