10 Tetapi jika orang itu berjalan pada malam hari, dia tersandung kerana tiada cahaya padanya.”
11 Setelah berkata demikian, Yesus melanjutkan pula, “Sahabat kita Lazarus sudah tidur, tetapi Aku akan pergi membangunkan dia.”
12 Pengikut-pengikut Yesus berkata, “Guru, jika Lazarus tidur, dia akan sembuh.”
13 Sebenarnya inilah yang dimaksudkan Yesus: Lazarus sudah meninggal. Tetapi mereka menyangka bahawa Yesus berkata Lazarus benar-benar tidur.
14 Oleh itu Yesus berkata kepada mereka dengan terus terang, “Lazarus sudah meninggal.
15 Tetapi demi kebaikan kamu, Aku bersyukur kerana Aku tidak bersama-sama dia, supaya kamu boleh percaya kepada-Ku. Marilah kita pergi kepada Lazarus.”
16 Tomas yang disebut Si Kembar berkata kepada sesama pengikut Yesus, “Marilah kita pergi dengan Guru, supaya kita mati bersama-sama-Nya!”