13 Sebenarnya inilah yang dimaksudkan Yesus: Lazarus sudah meninggal. Tetapi mereka menyangka bahawa Yesus berkata Lazarus benar-benar tidur.
14 Oleh itu Yesus berkata kepada mereka dengan terus terang, “Lazarus sudah meninggal.
15 Tetapi demi kebaikan kamu, Aku bersyukur kerana Aku tidak bersama-sama dia, supaya kamu boleh percaya kepada-Ku. Marilah kita pergi kepada Lazarus.”
16 Tomas yang disebut Si Kembar berkata kepada sesama pengikut Yesus, “Marilah kita pergi dengan Guru, supaya kita mati bersama-sama-Nya!”
17 Apabila Yesus tiba di tempat itu, Dia mendapati Lazarus sudah dikubur selama empat hari.
18 Betania letaknya kira-kira tiga kilometer dari Yerusalem.
19 Oleh itu banyak orang Yahudi datang melawat Maria dan Marta untuk menghibur mereka kerana kematian Lazarus.