54 Yesus tidak lagi berpergian secara terang-terangan di Yudea, tetapi Dia pergi ke bandar bernama Efraim dekat padang gurun. Dia dan pengikut-pengikut-Nya tinggal di sana.
55 Pada masa itu sudah hampir Perayaan Paska orang Yahudi. Banyak orang dari kampung pergi ke Yerusalem untuk menjalankan upacara penyucian diri sebelum perayaan itu.
56 Mereka mencari Yesus dan semasa di Rumah Tuhan, mereka bertanya sesama sendiri, “Apa pendapatmu? Dia barangkali tidak akan menghadiri perayaan ini.”
57 Ketua-ketua imam dan orang Farisi sudah mengeluarkan perintah bahawa orang yang mengetahui tempat Yesus berada harus melaporkannya, supaya Dia dapat ditangkap.