36 Percayalah kepada cahaya itu selama cahaya itu bersama-sama kamu, supaya kamu menjadi anak-anak cahaya itu.”Setelah Yesus berkata demikian, Dia pergi dari sana lalu menyembunyikan diri daripada mereka.
37 Meskipun Dia sudah melakukan semua mukjizat itu di hadapan mereka, mereka tidak percaya kepada-Nya.
38 Oleh itu berlakulah nubuat Nabi Yesaya,“Ya Tuhan, siapakah yang percaya akan perkhabaran kami?Kepada siapakah kuasa Tuhan ditunjukkan?”
39 Itulah sebabnya mereka tidak dapat percaya, kerana Yesaya juga berkata,
40 “Allah berfirman,‘Aku sudah membutakan mata mereka,dan menjadikan mereka keras kepala,supaya mata mereka tidak dapat melihat,dan fikiran mereka tidak dapat mengerti,sehingga mereka tidak kembali kepada-Kuuntuk Aku sembuhkan.’ ”
41 Yesaya berkata demikian kerana dia sudah melihat kemuliaan Yesus lalu berkata-kata tentang Dia.
42 Walaupun demikian, banyak juga penguasa Yahudi yang percaya kepada Yesus. Tetapi kerana mereka takut dilarang masuk ke rumah ibadat oleh orang Farisi, mereka tidak berani mengakui Yesus secara terang-terangan.