5 “Mengapakah minyak wangi ini tidak dijual dengan harga tiga ratus keping wang perak, lalu wangnya diberikan kepada orang miskin?”
6 Yudas berkata demikian bukan kerana dia mengambil berat terhadap orang miskin, tetapi kerana dia pencuri. Dia menyimpan beg wang bagi mereka dan dia biasa mengambil sedikit wang untuk keperluannya sendiri.
7 Tetapi Yesus berkata, “Janganlah ganggu wanita ini! Biarlah dia lakukan perkara ini untuk hari penguburan-Ku!
8 Orang miskin sentiasa ada antara kamu, tetapi Aku tidak selalu bersama-sama kamu.”
9 Banyak orang Yahudi mendengar bahawa Yesus di Betania. Mereka pergi ke sana, bukan sahaja kerana apa yang sudah dilakukan oleh Yesus, tetapi juga kerana mereka mahu melihat Lazarus yang sudah dibangkitkan oleh Yesus daripada kematian.
10 Oleh itu ketua-ketua imam bercadang hendak membunuh Lazarus juga,
11 kerana banyak orang Yahudi meninggalkan mereka, lalu percaya kepada Yesus.