7 Tetapi Yesus berkata, “Janganlah ganggu wanita ini! Biarlah dia lakukan perkara ini untuk hari penguburan-Ku!
8 Orang miskin sentiasa ada antara kamu, tetapi Aku tidak selalu bersama-sama kamu.”
9 Banyak orang Yahudi mendengar bahawa Yesus di Betania. Mereka pergi ke sana, bukan sahaja kerana apa yang sudah dilakukan oleh Yesus, tetapi juga kerana mereka mahu melihat Lazarus yang sudah dibangkitkan oleh Yesus daripada kematian.
10 Oleh itu ketua-ketua imam bercadang hendak membunuh Lazarus juga,
11 kerana banyak orang Yahudi meninggalkan mereka, lalu percaya kepada Yesus.
12 Keesokan harinya orang ramai yang sudah datang untuk merayakan Paska, mendengar khabar bahawa Yesus sedang dalam perjalanan ke Yerusalem.
13 Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Diberkatilah Raja Israel!”