27 Petrus berkata lagi, “Bukan.” Tepat pada waktu itu ayam berkokok.
28 Pagi-pagi sekali, mereka membawa Yesus dari rumah Kayafas ke istana gabenor. Para penguasa Yahudi tidak masuk ke dalam istana, supaya mereka tidak menjadi najis dari segi agama, kerana mereka mahu makan Perjamuan Paska.
29 Oleh itu Pilatus keluar untuk menjumpai mereka. Dia bertanya, “Apakah tuduhan kamu terhadap orang ini?”
30 Mereka menjawab, “Kami tidak akan membawa dia menghadap tuan jika dia tidak bersalah.”
31 Pilatus berkata kepada mereka, “Ambillah dia dan adililah dia menurut hukum kamu sendiri.”Tetapi mereka menjawab, “Kami tidak dibenarkan menghukum mati sesiapa pun.” (
32 Hal ini berlaku supaya terjadilah apa yang dikatakan oleh Yesus tentang cara Dia akan mati.)
33 Pilatus masuk kembali ke istana lalu memanggil Yesus. Dia bertanya kepada-Nya, “Adakah kamu raja orang Yahudi?”