32 Oleh itu askar-askar pergi mematahkan kaki kedua-dua orang yang disalibkan bersama-sama Yesus.
33 Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus, mereka melihat bahawa Dia sudah meninggal. Oleh itu mereka tidak mematahkan kaki-Nya.
34 Tetapi salah seorang askar menusuk rusuk Yesus dengan tombak, dan pada ketika itu juga keluarlah darah dan air.(
35 Demikianlah orang yang telah melihat kejadian ini memberikan kesaksiannya, supaya kamu pun percaya. Kesaksiannya benar dan dia tahu bahawa apa yang dikatakannya benar.)
36 Hal ini berlaku supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab terjadi, “Tidak satu pun daripada tulang-Nya akan dipatahkan.”
37 Di dalam Alkitab juga tertulis, “Orang akan memandang Dia yang telah ditikam oleh mereka.”
38 Setelah itu Yusuf yang berasal dari bandar Arimatea, meminta kebenaran Pilatus untuk mengambil jenazah Yesus. (Yusuf pengikut Yesus tetapi Yusuf tidak memberitahu orang hal itu, kerana dia takut akan penguasa Yahudi.) Pilatus meluluskan permintaannya, lalu Yusuf pergi mengambil jenazah Yesus.