4 Pilatus keluar sekali lagi dan berkata kepada orang ramai di situ, “Lihatlah, aku membawa dia ke luar, supaya kamu tahu bahawa aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia.”
5 Demikianlah Yesus keluar dengan memakai mahkota duri dan jubah ungu. Pilatus berkata kepada mereka, “Lihatlah orang ini!”
6 Ketika ketua-ketua imam dan para pengawal Rumah Tuhan melihat Yesus, mereka berseru, “Salibkan dia! Salibkan dia!”Pilatus berkata kepada mereka, “Ambillah dia! Kamu sendiri salibkan dia, kerana aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia.”
7 Semua orang Yahudi di situ menjawab, “Menurut hukum kami dia harus dihukum mati kerana dia mengaku dirinya Anak Allah.”
8 Apabila Pilatus mendengar kata-kata mereka, dia lebih takut lagi.
9 Lalu dia masuk kembali ke istana dan bertanya kepada Yesus, “Kamu berasal dari mana?”Tetapi Yesus tidak menjawab.
10 Pilatus berkata kepada-Nya, “Tidakkah kamu mahu berkata apa-apa kepadaku? Ketahuilah bahawa aku berkuasa membebaskan kamu ataupun menyalibkan kamu!”