37 Bapa yang mengutus Aku pun memberikan kesaksian tentang diri-Ku. Kamu belum pernah mendengar suara-Nya atau melihat muka-Nya.
38 Kamu tidak percaya kepada firman-Nya, kerana kamu tidak percaya kepada Dia yang diutus-Nya.
39 Kamu menyelidiki Alkitab kerana menyangka bahawa dengan cara itu kamu akan beroleh hidup sejati dan kekal. Sebenarnya Alkitab memberikan kesaksian tentang Aku.
40 Tetapi kamu tidak mahu datang kepada-Ku supaya beroleh hidup sejati.
41 Aku tidak mengharapkan pujian daripada manusia.
42 Aku kenal akan kamu. Aku tahu bahawa kamu sebenarnya tidak mengasihi Allah.
43 Aku datang dengan kuasa Bapa-Ku, tetapi kamu tidak menyambut Aku. Tetapi manakala seorang lain datang dengan kuasanya sendiri, kamu menyambut dia.