8 Yesus berkata kepadanya, “Bangunlah, angkatlah tikarmu, dan berjalanlah.”
9 Pada saat itu juga orang itu sembuh. Dia mengangkat tikarnya lalu berjalan.Hal ini berlaku pada hari Sabat.
10 Oleh itu para penguasa Yahudi berkata kepada orang yang baru disembuhkan itu, “Hari ini hari Sabat; kamu melanggar Taurat kita kerana mengangkat tikar.”
11 Tetapi orang itu menjawab, “Orang yang menyembuhkan saya tadi menyuruh saya mengangkat tikar dan berjalan.”
12 Mereka bertanya, “Siapakah orang yang menyuruh kamu mengangkat tikar dan berjalan?”
13 Orang yang baru disembuhkan itu tidak tahu siapa orang itu, kerana Yesus sudah menghilang antara orang ramai di tempat itu.
14 Tidak lama kemudian, Yesus berjumpa dengan dia di dalam Rumah Tuhan dan berkata kepadanya, “Sekarang kamu sudah sembuh. Janganlah berdosa lagi, supaya kamu tidak ditimpa perkara yang lebih dahsyat.”