3 Oleh itu, saudara-saudara Yesus berkata kepada-Nya, “Tinggalkanlah tempat ini dan pergilah ke Yudea, supaya pengikut-pengikutmu dapat melihat perbuatanmu.
4 Tidak seorang pun menyembunyikan perbuatannya, jika dia ingin menjadi terkenal. Kamu sudah melakukan perkara-perkara seperti itu, biarlah seluruh dunia tahu akan kamu!” (
5 Saudara-saudara-Nya sendiri pun tidak percaya kepada-Nya.)
6 Yesus berkata kepada mereka, “Saat-Ku belum tiba. Saat kamu bila-bila sahaja.
7 Dunia ini tidak mempunyai alasan untuk membenci kamu. Tetapi dunia ini membenci Aku, kerana Aku sentiasa berkata kepada dunia bahawa perbuatannya jahat.
8 Pergilah ke perayaan itu. Aku tidak pergi kerana saat-Ku belum tiba.”
9 Demikianlah kata Yesus, lalu Dia tinggal di Galilea.