41 Yang lain berkata, “Dia Penyelamat yang diutus oleh Allah!”Tetapi yang lain pula berkata, “Penyelamat yang diutus oleh Allah tidak datang dari Galilea!
42 Di dalam Alkitab tertulis bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Raja Daud dan akan dilahirkan di kota Betlehem tempat asal Raja Daud.”
43 Akhirnya orang berpihak-pihak kerana Yesus.
44 Beberapa orang hendak menangkap Dia, tetapi tidak seorang pun memegang-Nya.
45 Apabila pengawal-pengawal Rumah Tuhan yang disuruh pergi untuk menangkap Yesus datang kembali, ketua-ketua imam dan orang Farisi bertanya, “Mengapakah kamu tidak membawa dia ke mari?”
46 Para pengawal itu menjawab, “Belum pernah seseorang berkata-kata seperti dia!”
47 Orang Farisi di situ berkata, “Adakah dia menyesatkan kamu pula?