49 Orang ramai ini tidak mengenal Taurat Musa. Oleh itu terkutuklah mereka!”
50 Salah seorang Farisi di situ ialah Nikodemus. Dia pernah datang kepada Yesus. Nikodemus berkata kepada mereka,
51 “Menurut Taurat, kita tidak boleh menghukum seseorang sebelum perkaranya didengar dan perbuatannya disiasat.”
52 Mereka berkata, “Adakah kamu juga berasal dari Galilea? Kajilah Alkitab dan kamu akan tahu bahawa tidak ada nabi yang berasal dari Galilea?”