33 Jika orang ini tidak berasal daripada Allah, dia tidak akan dapat melakukan apa-apa.”
34 Mereka berkata kepadanya, “Kamu orang berdosa sejak kamu dilahirkan. Adakah kamu cuba mengajar kami?” Lalu mereka melarang dia masuk ke rumah ibadat.
35 Yesus mendengar bahawa mereka telah melarang orang itu masuk ke rumah ibadat. Apabila Yesus menjumpai dia, Yesus berkata kepadanya, “Adakah kamu percaya kepada Anak Manusia?”
36 Orang itu menjawab, “Tuan, siapakah Dia? Tolong beritahu supaya saya boleh percaya kepada-Nya.”
37 Yesus berkata kepadanya, “Kamu sudah melihat Dia. Dialah yang bercakap dengan kamu sekarang ini.”
38 Orang itu menjawab, “Ya Tuhan, saya percaya.” Lalu dia sujud di hadapan Yesus.
39 Yesus berkata, “Aku datang ke dunia ini untuk menghakimi orang supaya orang yang buta dapat melihat, tetapi orang yang dapat melihat menjadi buta.”