26 Tetapi Adonia tidak menjemput hamba, Imam Zadok, Benaya anak Yoyada, dan Salomo.
27 Adakah tuanku yang memperkenankan Adonia melakukan semua itu tanpa memberitahu para pegawai tuanku siapa yang akan menggantikan tuanku sebagai raja?”
28 Raja Daud bertitah, “Suruhlah Batsyeba masuk dan menghadap semula.” Batsyeba masuk dan berdiri di hadapan raja.
29 Raja bertitah kepadanya, “Beta berjanji demi TUHAN yang hidup, yang telah menyelamatkan beta daripada segala kesusahan,
30 bahawa pada hari ini beta akan menepati janji beta kepadamu demi nama TUHAN, Allah Israel, bahawa puteramu Salomo akan menggantikan beta sebagai raja.”
31 Batsyeba bersujud dan berkata, “Daulat, tuanku!”
32 Kemudian Raja Daud memanggil Zadok, Natan, dan Benaya. Apabila mereka menghadap,