23 Allah juga menyebabkan Rezon anak Elyada memusuhi Raja Salomo. Rezon telah lari daripada tuannya, Raja Hadadezer dari Zoba,
24 lalu dia menjadi pemimpin sekumpulan gerombolan. (Hal ini berlaku setelah Raja Daud mengalahkan Raja Hadadezer, dan membunuh tentera Siria yang menjadi sekutu Raja Hadadezer.) Rezon dan anak buahnya pergi ke Damsyik dan tinggal di situ. Di tempat itu anak buah Rezon melantik dia menjadi raja negeri Siria.
25 Raja Rezon menjadi musuh Israel semasa hidup Raja Salomo.
26 Seorang lagi yang memusuhi Raja Salomo ialah salah seorang pegawainya, Yerobeam anak Nebat dari Zereda di Efraim. Ibunya seorang balu bernama Zerua.
27 Beginilah kisah pemberontakannya.Raja Salomo sedang menambak tanah di sebelah timur Yerusalem dan membaiki tembok kota.
28 Yerobeam seorang muda yang cekap, dan apabila Raja Salomo melihat betapa rajinnya Yerobeam bekerja, Raja Salomo memberi dia tugas sebagai pengawas semua orang rodi di wilayah suku Manasye dan Efraim.
29 Pada suatu hari, Yerobeam keluar dari Yerusalem. Di tengah jalan, Nabi Ahia dari Silo menemui Yerobeam; hanya mereka yang ada di padang.