25 Raja Rezon menjadi musuh Israel semasa hidup Raja Salomo.
26 Seorang lagi yang memusuhi Raja Salomo ialah salah seorang pegawainya, Yerobeam anak Nebat dari Zereda di Efraim. Ibunya seorang balu bernama Zerua.
27 Beginilah kisah pemberontakannya.Raja Salomo sedang menambak tanah di sebelah timur Yerusalem dan membaiki tembok kota.
28 Yerobeam seorang muda yang cekap, dan apabila Raja Salomo melihat betapa rajinnya Yerobeam bekerja, Raja Salomo memberi dia tugas sebagai pengawas semua orang rodi di wilayah suku Manasye dan Efraim.
29 Pada suatu hari, Yerobeam keluar dari Yerusalem. Di tengah jalan, Nabi Ahia dari Silo menemui Yerobeam; hanya mereka yang ada di padang.
30 Ahia menanggalkan jubah baru, yang sedang dipakainya, lalu mengoyak-ngoyaknya menjadi dua belas sobekan.
31 Ahia berkata kepada Yerobeam, “Ambillah sepuluh sobekan untukmu sendiri, kerana TUHAN, Allah Israel, berfirman kepadamu, ‘Aku akan mengambil kerajaan Salomo daripadanya, dan memberikan sepuluh suku kepadamu.