1 Rehabeam pergi ke Sikhem, kerana semua suku di bahagian utara telah berkumpul di sana untuk melantik dia menjadi raja.
2 Apabila Yerobeam anak Nebat mendengar berita itu, dia berangkat dari Mesir. Dahulu Yerobeam telah pergi ke Mesir kerana dia melarikan diri daripada Raja Salomo.
3 Suku-suku di utara memanggil Yerobeam, lalu dia bersama dengan mereka menghadap Raja Rehabeam dan berkata kepada baginda,
4 “Ayahanda tuanku, Raja Salomo, telah memperlakukan hamba semua dengan kasar dan memberikan beban yang berat. Sekarang jika tuanku meringankan beban hamba semua dan memperlakukan hamba sekalian dengan baik, hamba semua akan menjadi rakyat yang setia kepada tuanku.”
5 Raja Rehabeam menjawab, “Datanglah lagi selepas tiga hari; beta akan memberikan jawapan kelak.” Oleh itu mereka pun pergi.
6 Raja Rehabeam meminta nasihat daripada para orang tua yang telah berkhidmat sebagai penasihat kepada ayahandanya. “Bagaimanakah beta harus jawab orang itu?” tanya Raja Rehabeam. “Apakah nasihat kamu?”