17 dan Rehabeam menjadi raja hanya bagi penduduk wilayah Yehuda.
18 Kemudian Raja Rehabeam mengutus Adoniram, pengawas buruh paksa, pergi kepada orang Israel, tetapi mereka merejam dia sehingga mati. Oleh itu Raja Rehabeam tergesa-gesa melarikan diri ke Yerusalem dengan menaiki kereta kudanya.
19 Sejak itu, penduduk di bahagian utara kerajaan Israel sentiasa memberontak terhadap raja-raja keturunan Raja Daud.
20 Apabila umat Israel mendengar bahawa Yerobeam telah pulang dari Mesir, mereka menjemput dia ke satu perjumpaan rakyat, lalu melantik dia menjadi raja Israel. Hanya suku Yehuda yang tetap setia kepada keturunan Raja Daud.
21 Apabila Raja Rehabeam tiba di Yerusalem, baginda mengumpulkan 180,000 orang askar yang terbaik daripada suku Yehuda dan Benyamin. Raja Rehabeam hendak berperang untuk memulihkan kekuasaannya atas suku-suku Israel yang di utara.
22 Tetapi Allah menyuruh Nabi Semaya
23 menyampaikan firman-Nya kepada Raja Rehabeam dan segenap suku Yehuda dan Benyamin,