15 “Marilah pulang dan makan bersama-sama saya,” kata nabi tua itu.
16 Tetapi nabi dari Yehuda itu menjawab, “Saya tidak boleh ikut tuan, atau masuk ke rumah tuan. Saya tidak boleh minum atau makan apa-apa di sini.
17 TUHAN telah melarang saya makan atau minum apa-apa pun, dan melarang saya pulang mengikut jalan saya datang dahulu.”
18 Lalu nabi tua dari Betel itu berkata kepadanya, “Saya pun seorang nabi seperti kamu. Atas perintah TUHAN, satu malaikat menyuruh saya membawa kamu pulang dan menjamu kamu di rumah saya.” Sebenarnya nabi tua itu berbohong.
19 Oleh itu nabi dari Yehuda itu mengikut dia pulang dan makan bersama-samanya.
20 Sedang mereka makan, TUHAN berfirman kepada nabi tua itu,
21 lalu dia menyampaikan firman itu kepada nabi yang dari Yehuda, “TUHAN berfirman bahawa kamu tidak taat kepada-Nya, dan bahawa kamu tidak melakukan perintah-Nya.