26 Apabila nabi tua itu mendengarnya, dia berkata, “Itulah nabi yang tidak taat kepada perintah TUHAN! Oleh itu TUHAN mengirim seekor singa untuk menerkam dan membunuhnya, seperti yang difirmankan TUHAN.”
27 Setelah itu dia berkata kepada anak-anaknya, “Pasanglah pelana keldaiku.” Mereka pun berbuat demikian.
28 Dia menunggang keldainya, lalu pergi. Dia menjumpai mayat nabi itu terlentang di tengah jalan, dan keldai serta singa berdiri di sisinya. Singa itu tidak makan mayat itu ataupun menerkam keldai.
29-30 Nabi tua itu mengangkat mayat itu, meletakkannya di atas keldainya, lalu membawanya pulang ke Betel. Dia meratapinya lalu mengebumikannya di perkuburan keluarganya sendiri. Dia dan anak-anaknya meratapinya, dan berkata, “Kasihan engkau, hai saudaraku, saudaraku!”
31 Kemudian nabi itu berkata kepada anak-anaknya, “Apabila aku meninggal, kuburlah aku di kubur ini, dan letakkanlah mayatku di sisi mayatnya.
32 Firman TUHAN yang disampaikannya terhadap mazbah di Betel itu dan semua tempat sembahyang di kota-kota Samaria pasti akan berlaku.”
33 Raja Yerobeam, di Israel masih tidak meninggalkan perbuatannya yang jahat. Baginda tetap memilih imam daripada keluarga bukan suku Lewi untuk bertugas di mazbah-mazbah yang dibinanya. Raja melantik sesiapa sahaja yang mahu menjadi imam.