26 Raja Sisak merampas semua harta di Rumah TUHAN dan di istana, termasuk perisai-perisai emas yang dibuat oleh Raja Salomo.
27 Sebagai ganti perisai-perisai emas itu, Raja Rehabeam membuat perisai-perisai gangsa. Raja mempercayakan semua itu kepada para pegawai yang mengawal pintu-pintu gerbang istana.
28 Tiap-tiap kali raja masuk ke Rumah TUHAN, para pengawal mengangkat perisai-perisai itu, dan selepas itu, mereka mengembalikan semuanya ke bilik pengawal.
29 Segala perbuatan Raja Rehabeam tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
30 Raja Rehabeam dan Raja Yerobeam sentiasa berperang selama pemerintahan Raja Rehabeam.
31 Raja Rehabeam mangkat dan dimakamkan di makam diraja di Kota Daud, lalu Abiam, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.