2 Raja Abiam memerintah di Yerusalem selama tiga tahun. Bondanya ialah Maakha keturunan Abisalom.
3 Seperti ayahandanya, Raja Abiam juga berdosa dan tidak taat kepada TUHAN, Allahnya. Baginda tidak seperti Raja Daud, moyangnya.
4 Tetapi demi Raja Daud, TUHAN, Allahnya mengurniakan Raja Abiam seorang putera untuk memerintah di Yerusalem selepas Raja Abiam, dan untuk mempertahan kota itu.
5 TUHAN berbuat demikian kerana Raja Daud menyenangkan hati-Nya. Raja Daud tidak pernah melawan perintah TUHAN, kecuali dalam hal Uria, orang Het itu.
6 Selama hayat Raja Abiam, persengketaan yang telah bermula antara Raja Rehabeam dengan Raja Yerobeam masih berlangsung.
7 Segala perbuatan Raja Abiam tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
8 Raja Abiam mangkat dan dimakamkan di Kota Daud. Asa, putera Raja Abiam, menggantikan baginda sebagai raja.