25 Pada tahun kedua pemerintahan Raja Asa di Yehuda, Nadab putera Raja Yerobeam menjadi raja Israel. Raja Nadab memerintah Israel selama dua tahun.
26 Seperti ayahandanya dahulu, Raja Nadab juga berdosa terhadap TUHAN, dan menyebabkan Israel berdosa.
27 Baesa anak Ahia daripada suku Isakhar berkomplot untuk menentang Raja Nadab, lalu membunuh baginda. Pada masa itu, Raja Nadab dan tenteranya sedang mengepung kota Gibeton di negeri orang Filistin.
28 Peristiwa ini berlaku pada tahun ketiga pemerintahan Raja Asa di Yehuda. Maka Baesa menggantikan Raja Nadab sebagai raja Israel.
29 Sebaik sahaja Baesa menjadi raja, Baesa mula membunuh semua anggota keluarga Raja Yerobeam. Sebagaimana yang difirmankan TUHAN melalui hamba-Nya, Nabi Ahia dari Silo, semua anggota keluarga Raja Yerobeam dibunuh; tiada seorang pun yang dibiarkan hidup.
30 Hal itu berlaku kerana Raja Yerobeam membangkitkan kemurkaan TUHAN, Allah Israel; Raja Yerobeam telah berdosa, dan baginda juga menyebabkan umat Israel berdosa.
31 Segala perbuatan Raja Nadab tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.