4 Tetapi demi Raja Daud, TUHAN, Allahnya mengurniakan Raja Abiam seorang putera untuk memerintah di Yerusalem selepas Raja Abiam, dan untuk mempertahan kota itu.
5 TUHAN berbuat demikian kerana Raja Daud menyenangkan hati-Nya. Raja Daud tidak pernah melawan perintah TUHAN, kecuali dalam hal Uria, orang Het itu.
6 Selama hayat Raja Abiam, persengketaan yang telah bermula antara Raja Rehabeam dengan Raja Yerobeam masih berlangsung.
7 Segala perbuatan Raja Abiam tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
8 Raja Abiam mangkat dan dimakamkan di Kota Daud. Asa, putera Raja Abiam, menggantikan baginda sebagai raja.
9 Pada tahun kedua puluh pemerintahan Raja Yerobeam di Israel, Asa menjadi raja Yehuda,
10 dan memerintah selama empat puluh satu tahun di Yerusalem. Neneknya ialah Maakha keturunan Abisalom.