5 TUHAN berbuat demikian kerana Raja Daud menyenangkan hati-Nya. Raja Daud tidak pernah melawan perintah TUHAN, kecuali dalam hal Uria, orang Het itu.
6 Selama hayat Raja Abiam, persengketaan yang telah bermula antara Raja Rehabeam dengan Raja Yerobeam masih berlangsung.
7 Segala perbuatan Raja Abiam tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
8 Raja Abiam mangkat dan dimakamkan di Kota Daud. Asa, putera Raja Abiam, menggantikan baginda sebagai raja.
9 Pada tahun kedua puluh pemerintahan Raja Yerobeam di Israel, Asa menjadi raja Yehuda,
10 dan memerintah selama empat puluh satu tahun di Yerusalem. Neneknya ialah Maakha keturunan Abisalom.
11 Raja Asa melakukan hal-hal yang diperkenankan TUHAN, seperti yang dilakukan oleh Raja Daud, nenek moyangnya.