10 Raja Daud mangkat dan dimakamkan di Kota Daud.
11 Baginda menjadi raja Israel selama empat puluh tahun: baginda memerintah di Hebron selama tujuh tahun, dan di Yerusalem selama tiga puluh tiga tahun.
12 Kemudian Raja Salomo menjadi raja menggantikan Raja Daud, ayahandanya. Kekuasaan Raja Salomo sebagai raja menjadi kukuh.
13 Selepas itu Adonia anak Hagit, pergi berjumpa dengan Batsyeba, bonda Raja Salomo. Batsyeba bertanya kepada Adonia, “Adakah kedatanganmu ini dengan maksud baik?”“Ya,” jawab Adonia.
14 Adonia berkata lagi, “Ada sesuatu yang hendak saya minta daripada puan.”“Apakah itu?” tanya Batsyeba.
15 Adonia berkata, “Puan tahu bahawa sayalah yang seharusnya menjadi raja, dan itulah yang diharapkan oleh setiap orang Israel. Tetapi perkara itu tidak berlaku, dan adik saya pula yang menjadi raja, kerana itulah kehendak TUHAN.
16 Sekarang saya ada satu permintaan; tolong jangan tolak permintaan saya ini.”