12 Kemudian Raja Salomo menjadi raja menggantikan Raja Daud, ayahandanya. Kekuasaan Raja Salomo sebagai raja menjadi kukuh.
13 Selepas itu Adonia anak Hagit, pergi berjumpa dengan Batsyeba, bonda Raja Salomo. Batsyeba bertanya kepada Adonia, “Adakah kedatanganmu ini dengan maksud baik?”“Ya,” jawab Adonia.
14 Adonia berkata lagi, “Ada sesuatu yang hendak saya minta daripada puan.”“Apakah itu?” tanya Batsyeba.
15 Adonia berkata, “Puan tahu bahawa sayalah yang seharusnya menjadi raja, dan itulah yang diharapkan oleh setiap orang Israel. Tetapi perkara itu tidak berlaku, dan adik saya pula yang menjadi raja, kerana itulah kehendak TUHAN.
16 Sekarang saya ada satu permintaan; tolong jangan tolak permintaan saya ini.”
17 “Apakah permintaanmu itu?” tanya Batsyeba.Adonia menjawab, “Tolonglah mohon kepada Raja Salomo - saya tahu raja tidak akan menolak permintaan puan - supaya membenarkan saya berkahwin dengan Abisag, gadis dari Sunem itu.”
18 “Baiklah,” jawab Batsyeba. “Saya akan menyampaikan permintaanmu kepada raja.”