14 Adonia berkata lagi, “Ada sesuatu yang hendak saya minta daripada puan.”“Apakah itu?” tanya Batsyeba.
15 Adonia berkata, “Puan tahu bahawa sayalah yang seharusnya menjadi raja, dan itulah yang diharapkan oleh setiap orang Israel. Tetapi perkara itu tidak berlaku, dan adik saya pula yang menjadi raja, kerana itulah kehendak TUHAN.
16 Sekarang saya ada satu permintaan; tolong jangan tolak permintaan saya ini.”
17 “Apakah permintaanmu itu?” tanya Batsyeba.Adonia menjawab, “Tolonglah mohon kepada Raja Salomo - saya tahu raja tidak akan menolak permintaan puan - supaya membenarkan saya berkahwin dengan Abisag, gadis dari Sunem itu.”
18 “Baiklah,” jawab Batsyeba. “Saya akan menyampaikan permintaanmu kepada raja.”
19 Kemudian Batsyeba menghadap Raja Salomo untuk menyampaikan hal itu bagi pihak Adonia. Raja berdiri menyambut bondanya dan bersujud di hadapannya. Raja Salomo duduk di atas takhtanya, lalu menyediakan sebuah takhta lagi di sebelah kanan untuk bonda baginda.
20 Batsyeba berkata, “Bonda ingin meminta sesuatu yang kecil saja daripadamu; tolong jangan tolak permintaan bonda.”“Apakah permintaan bonda?” tanya Raja Salomo. “Saya tidak akan menolak permintaan bonda.”