1 Raja-Raja 2:3-9 BM

3 Lakukanlah apa yang diperintahkan TUHAN, Allahmu kepadamu. Taatilah semua hukum dan perintah-Nya yang tertulis di dalam Taurat Musa, supaya ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan berjaya dalam segala usahamu.

4 Jika engkau taat kepada TUHAN, Dia akan menepati janji yang dibuat-Nya ketika Dia memberitahu beta bahawa keturunan beta akan memerintah Israel, selama mereka benar-benar mentaati semua perintah-Nya dan setia terhadap-Nya dengan segenap hati dan jiwa mereka.

5 Ada satu perkara lagi. Engkau masih ingat perbuatan Yoab terhadap beta. Dia membunuh dua orang panglima tentera Israel, Abner anak Ner dan Amasa anak Yeter. Engkau masih ingat cara dia membunuh mereka pada masa damai untuk membalas dendam pembunuhan pada masa perang. Dia telah membunuh orang yang tidak bersalah, tetapi sekarang betalah yang harus menanggung akibat perbuatannya dan betalah yang menderita.

6 Engkau tahu apa yang harus dilakukan; jangan biar dia meninggal secara biasa.

7 Tetapi hendaklah engkau berlaku baik terhadap anak-anak Barzilai, orang Gilead itu. Tanggunglah keperluan mereka kerana mereka baik terhadap beta ketika beta melarikan diri daripada abangmu Absalom.

8 Ada lagi seorang yang bernama Simei anak Gera, dari kota Bahurim di wilayah Benyamin. Dia mengutuk beta dengan kejam pada waktu beta pergi ke Mahanaim. Tetapi apabila dia datang berjumpa dengan beta di Sungai Yordan, beta berjanji demi TUHAN bahawa beta tidak akan membunuh dia.

9 Tetapi jangan biar dia terlepas daripada hukuman. Engkau tahu apa yang harus dilakukan; pastikanlah supaya dia dihukum mati.”