37 Jika engkau keluar dan menyeberangi sungai kecil Kidron, tentu engkau akan dibunuh, dan engkau sendirilah yang bertanggungjawab terhadap kematianmu.”
38 “Baiklah tuanku,” jawab Simei. “Hamba akan taat kepada titah tuanku.” Maka Simei tinggal lama di Yerusalem.
39 Tetapi tiga tahun kemudian, dua orang abdi Simei lari kepada Raja Akhis anak Maakha, raja Gat. Apabila Simei mendengar bahawa abdi-abdinya berada di Gat,
40 dia menunggang keldainya lalu pergi kepada Raja Akhis di Gat untuk mencari mereka. Setelah dia menjumpai mereka, dia membawa mereka pulang.
41 Apabila Raja Salomo mendengar hal yang dilakukan Simei,
42 baginda memanggil Simei dan bertitah kepadanya, “Tidakkah beta menyuruh engkau bersumpah demi TUHAN bahawa engkau tidak sekali-kali akan meninggalkan Yerusalem? Beta telah memberikan amaran kepadamu bahawa jika engkau berbuat demikian engkau akan mati! Tidakkah engkau telah bersetuju dan berkata bahawa engkau akan taat kepada titah beta?
43 Mengapakah engkau mungkir janji dan melanggar perintah beta?