19 Katakanlah kepadanya bahawa Aku, TUHAN berfirman kepadanya, ‘Setelah engkau membunuh pemiliknya, adakah engkau hendak mengambil alih hartanya pula?’ Beritahulah dia bahawa demikianlah firman-Ku, ‘Di tempat anjing-anjing menjilat darah Nabot, di situ juga darahmu akan dijilat anjing!’ ”
20 Apabila Raja Ahab bertemu dengan Elia, baginda bertitah, “Hai musuh, akhirnya engkau berjaya mendapat beta!”“Benar,” jawab Elia. “Perbuatan tuanku jahat semata-mata di sisi TUHAN.
21 Oleh itu TUHAN berfirman kepada tuanku, ‘Aku akan mendatangkan bencana kepadamu. Aku akan menyingkirkan engkau dan semua orang lelaki dalam keluargamu, baik yang muda mahupun yang tua.
22 Keluargamu akan menjadi seperti keluarga Raja Yerobeam anak Nebat, dan seperti keluarga Raja Baesa anak Ahia, kerana engkau telah membangkitkan kemurkaan-Ku serta menyebabkan orang Israel berdosa.’
23 Tentang Izebel, TUHAN berfirman bahawa anjing akan makan mayatnya di kota Yizreel.
24 Sesiapa sahaja anggota keluarga tuanku yang mati di dalam kota akan dimakan anjing, dan sesiapa yang mati di padang akan dimakan burung.”(
25 Tiada sesiapa pun yang pernah berbuat jahat di sisi TUHAN lebih daripada Raja Ahab - dan semua kejahatan itu dilakukannya kerana hasutan isterinya Izebel.