27 Suruh mereka memasukkan dia ke dalam penjara, dan memberi dia roti dan air sahaja sehingga beta kembali dengan selamat.”
28 Mikha berkata, “Jika tuanku kembali dengan selamat, nyatalah bahawa TUHAN tidak berfirman melalui hamba!” Mikha berkata lagi, “Dengarlah, hai semua orang, akan apa yang telah saya katakan ini.”
29 Kemudian Raja Ahab, raja Israel dan Raja Yosafat, raja Yehuda pergi menyerang kota Ramot di Gilead.
30 Raja Ahab bertitah kepada Raja Yosafat, “Apabila kita bertempur, beta akan menyamar, tetapi tuanku akan memakai pakaian kebesaran.” Oleh itu raja Israel menyamar ketika pergi bertempur.
31 Raja negeri Siria telah memerintah tiga puluh dua orang panglima pasukan kereta kudanya supaya tidak menyerang sesiapa pun kecuali raja Israel.
32 Apabila mereka nampak Raja Yosafat, mereka menyangka bahawa baginda raja Israel. Oleh itu mereka berpaling dan menyerang baginda. Tetapi apabila Raja Yosafat berteriak,
33 mereka sedar bahawa baginda bukan raja Israel, lalu mereka berhenti menyerang baginda.