24 Raja menyuruh orang membawa sebilah pedang,
25 dan bertitah, “Potonglah anak yang hidup ini menjadi dua, dan berikanlah satu potong kepada masing-masing perempuan ini.”
26 Mendengar perintah itu, ibu sebenar kepada anak itu berkata, “Ampun tuanku, tolong jangan bunuh anak itu! Berikanlah anak itu kepada perempuan ini!” Ibu itu berkata begitu kerana dia sangat mengasihi anaknya.Tetapi perempuan yang satu lagi berkata, “Tak payahlah tuanku berikan anak itu kepada sesiapa pun; potonglah anak ini.”
27 Kemudian Raja Salomo bertitah, “Jangan bunuh anak itu! Berikanlah anak itu kepada perempuan yang pertama. Dialah ibunya.”
28 Apabila umat Israel mendengar keputusan yang diberikan oleh Raja Salomo, mereka sangat menghormati baginda kerana mereka tahu bahawa Allah telah memberikan kebijaksanaan kepadanya untuk menjalankan keadilan.