25 Selama hayat Raja Salomo, penduduk di seluruh Yehuda dan Israel hidup dengan tenteram, tiap-tiap keluarga mempunyai ladang anggur dan kebun ara.
26 Raja Salomo mempunyai 40,000 buah kandang untuk kuda yang menarik kereta kuda, dan 12,000 ekor kuda bagi pasukan berkuda.
27 Dua belas orang pegawai daerahnya, masing-masing bertanggungjawab terhadap makanan yang diperlukan oleh Raja Salomo dan semua orang yang makan di istananya. Para pegawai daerah itu bertanggungjawab pada bulan-bulan yang telah ditentukan bagi mereka. Mereka sentiasa menyediakan semuanya dengan secukupnya.
28 Tiap-tiap pegawai daerah juga menyediakan barli dan jerami untuk kuda tunggangan dan kuda yang menarik kereta kuda, di mana sahaja makanan haiwan diperlukan.
29 Allah memberi Raja Salomo kebijaksanaan dan hikmat yang luar biasa serta pengetahuan yang amat dalam.
30 Raja Salomo menjadi lebih bijak daripada orang bijak di negeri Timur dan orang bijak di negeri Mesir.
31 Baginda adalah orang yang paling bijaksana: lebih bijak daripada Etan orang Ezrahi dan Heman, Kalkol dan Darda, anak-anak Mahol. Nama Raja Salomo termasyhur di semua negeri jiran.