1 Raja-Raja 5:2-8 BM

2 Kemudian Raja Salomo mengirimkan pesan ini kepada Raja Hiram,

3 “Tuanku tahu bahawa Raja Daud, ayahanda beta sentiasa terpaksa berperang menentang musuh dari negeri-negeri di sekelilingnya. Sebelum TUHAN memberikan kemenangan kepadanya atas semua musuhnya itu, baginda tidak dapat membina Rumah tempat menyembah TUHAN, Allah baginda.

4 Tetapi sekarang TUHAN, Allah beta telah memberikan ketenteraman di sepanjang sempadan negeri beta. Beta tidak mempunyai musuh, dan tidak ada lagi bahaya ancaman dari mana-mana pun.

5 TUHAN telah berjanji kepada Raja Daud, ayahanda beta. Firman-Nya, ‘Puteramu yang akan Kulantik menjadi raja untuk menggantikan engkau akan membina Rumah untuk-Ku.’ Oleh itu beta telah membuat keputusan untuk membina Rumah tempat menyembah TUHAN, Allah beta.

6 Sudilah menyuruh rakyat tuanku ke Lebanon untuk menebang pokok sedar bagi beta. Rakyat beta akan bekerjasama dengan rakyat tuanku. Beta akan membayar upah rakyat tuanku, menurut kadar yang tuanku tentukan. Sebagaimana tuanku maklum, rakyat tuanku lebih pandai menebang pokok daripada rakyat beta.”

7 Raja Hiram sangat gembira menerima pesan Raja Salomo itu. Baginda bertitah, “Terpujilah TUHAN pada hari ini, kerana Dia telah memberikan seorang putera yang sangat bijaksana kepada Raja Daud untuk menggantikan baginda memerintah bangsa yang sedemikian besar!”

8 Kemudian Raja Hiram mengirim jawapan ini kepada Raja Salomo, “Beta telah menerima pesan tuanku, dan beta bersedia memenuhi apa sahaja permintaan tuanku. Beta akan menyediakan kayu sedar Lebanon dan kayu sipres.