4 Tembok Rumah TUHAN mempunyai beberapa buah tingkap, yang ukuran sebelah luarnya lebih kecil daripada ukuran sebelah dalam.
5 Pada tembok di sebelah luar, iaitu di sebelah kiri, kanan, dan belakang Rumah TUHAN, bilik-bilik yang bertingkat tiga dibina. Setiap tingkat tingginya 2.2 meter.
6 Setiap bilik di tingkat bawah, lebarnya 2.2 meter. Setiap bilik di tingkat tengah, lebarnya 2.7 meter. Setiap bilik di tingkat atas, lebarnya 3.1 meter. Tembok Rumah TUHAN di tiap-tiap tingkat lebih tipis daripada tingkat di bawahnya, supaya kasau bilik-bilik tambahan itu dapat dihubungkan dengan tembok Rumah TUHAN tanpa melubangi tembok itu.
7 Batu-batu yang dipakai untuk membina Rumah TUHAN disediakan di kuari, sehingga tidak terdengar bunyi penukul, kapak, atau perkakas besi yang lain pada masa Rumah TUHAN dibina.
8 Pintu bagi tingkat pertama bilik tambahan itu dibuat di sebelah selatan Rumah TUHAN, dan tingkat-tingkat itu dihubungkan dengan tangga.
9 Demikianlah Raja Salomo menyelesaikan pembinaan Rumah TUHAN. Dia menggunakan kasau-kasau dan papan daripada kayu sedar untuk siling Rumah TUHAN.
10 Bilik tambahan yang bertingkat tiga itu, yang tingginya 2.2 meter bagi setiap tingkat, dibina di sebelah luar tembok Rumah TUHAN dan dihubungkan dengan kasau-kasau daripada kayu sedar.