1 Selepas Raja Salomo selesai membina Rumah TUHAN dan istana, serta segala yang dirancangkannya,
2 TUHAN menampakkan diri lagi kepada Raja Salomo seperti di Gibeon dahulu.
3 TUHAN berfirman kepadanya, “Aku telah mendengar doamu. Aku mengekhaskan Rumah yang telah engkau bina ini sebagai tempat beribadat kepada-Ku selama-lamanya. Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.
4 Jika engkau mengabdi kepada-Ku dengan jujur dan tulus hati seperti bapamu Daud, dan jika engkau taat kepada hukum-hukum-Ku serta melakukan segala yang telah Aku perintahkan kepadamu,
5 Aku akan menepati janji-Ku kepada bapamu Daud, ketika Aku berfirman kepadanya bahawa Israel akan sentiasa diperintah oleh keturunannya.