9 Orang akan menjawab, ‘Kerana mereka telah meninggalkan TUHAN, Allah mereka yang telah membawa nenek moyang mereka keluar dari Mesir. Mereka menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Itulah sebabnya TUHAN mendatangkan bencana ini kepada mereka.’ ”
10 Raja Salomo mengambil masa dua puluh tahun untuk membina Rumah TUHAN dan istananya.
11 Raja Hiram dari Tirus, memberi baginda semua kayu sedar Lebanon, kayu sipres, emas, dan semua yang diperlukan Raja Salomo untuk pembinaan itu. Selepas pembinaan itu selesai, Raja Salomo memberikan dua puluh buah kota di daerah Galilea kepada Raja Hiram.
12 Raja Hiram pergi melihat kota-kota itu, tetapi baginda tidak suka kepada kota-kota itu.
13 Oleh itu Raja Hiram berkata kepada Raja Salomo, “Hai saudara, ini rupanya kota-kota yang saudara berikan kepada saya!” Itulah sebabnya daerah itu masih disebut Kabul sampai sekarang.
14 Raja Hiram telah memberi Raja Salomo lebih daripada 4,000 kilogram emas.
15 Raja Salomo menggunakan tenaga buruh paksa untuk membina Rumah TUHAN dan istana raja, dan untuk menambak tanah di bahagian timur kota, serta membina tembok kota. Dia juga menggunakan tenaga buruh paksa untuk membina semula kota Hazor, Megido, dan Gezer. (