1 Raja-raja biasanya pergi berperang pada musim bunga. Pada musim bunga tahun itu, Raja Daud menyuruh Yoab maju berperang bersama dengan para pegawai tentera dan segenap tentera Israel. Mereka mengalahkan orang Amon dan mengepung kota Raba, tetapi Raja Daud tinggal di Yerusalem.
2 Pada suatu petang, setelah Raja Daud bangun daripada tidur, baginda pergi berjalan-jalan di bumbung istana yang rata. Dari situ baginda nampak seorang wanita sedang mandi, dan wanita itu sangat cantik.
3 Kemudian Raja Daud menyuruh orang menanyakan siapa wanita itu. Raja Daud diberitahu bahawa wanita itu Batsyeba anak Eliam, isteri Uria orang Het.
4 Raja Daud menyuruh orang menjemput Batsyeba. Setelah Batsyeba tiba di istana, Raja Daud berseketiduran dengan dia. (Pada masa itu Batsyeba baru sahaja selesai melakukan upacara penyucian diri selepas haid.) Kemudian Batsyeba pulang ke rumahnya.